Khamis, 29 Januari 2009

Penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan


PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN.

Multimedia merupakan teknologi maklumat terkini yang membolehkan integrasi dan manipulasi video,audio, teks, grafik dan animasi. Bagi bidang pendidikan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan multimedia berasakan computer merupakan pengalaman yang menyeronokan disamping membantu memudahkan pemahaman sesuatu konsep dengan mudah dan cepat. Kaedah ini membolehkan pelajar mengaplikasikan sokongan audio – visual yang biasanya digunakan dalam persembahan grafik dan animasi teks bagi menyesuaikan buah fikiran mengikut apa yang sedang dikaji oleh pelajar tersebut.
Dunia multimedia juga memperlihatkan penggunaan alat-alat yang canggih dalam pendidikan. Sebagai contoh lelaman internet, CD-Rom, kamus digital, gambar digital kamera yang terdapat dalam dua bentuk iaitu Jpeg atau gif,video dan banyak lagi. Multimedia dalam bidang ini sememangnya tidak dapat dielakkan lagi kerana kita sendiri dapat melihat penggunaannya ketika proses pembelajaran sebagai contah penggunaan CD-Rom untuk pengajaran bahasa,penggunaan bahasa yang betul ataupun paparan gambaran digitaluntuk mentafsir peribahasa. Ianya menjadi satu teknik yang diaplikasikan oleh hampir semua sekolah di seluruh Malaysia.
Bagi penggunaan mel elektronik pula, pengajar dan pelajar mempunyai satu platform untuk berkomunikasi tampa mengira dimana jua mereka berada mahupun ketika bercuti. Mel elektronik menjadi satu penghubung dan cara yang berkesan untuk mendekatkan guru dan pelajar. Pelajar boleh mnghantar tugasan yang diberikan oleh pengajar tanpa perlu bersemuka untuk menghabiskan komunikasi pembelajaran. Oleh itu, kewujudan system pendidikan berasakan multimedia sedikit sebanyak dapat menjimatkan kertas dan juga tenaga.
Peranan yang direalisasikan oleh penggunaan multimedia adalah memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar berdikari berasakan kemampuan dan kebolehan masing-masing. Walau bagaimanapun, kefahaman dan kelancaran dalam mendalami ilmu lebih konsisten serta menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Tidak lupa juga arus pengaliran maklumat kepada pelajar juga dapat dilakukan semaksimum mungkin secara berulang-ulang kali.
Sehubungan dengan itu, penggunaan multimedia dalam pendidikan bakal menghasilkan tenaga pengajar serta pelajar yang celik teknologi, mampu berfikiran secara kritis dan kreatif disamping mengunakan penggunaan teknologi secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, iam mendemokrasikan pendidikan, memberikan peluang pembelajaran untuk semua serta menyesuaikan pembelajaran mengikut keupayaan, gaya dan tahap pembelajaran pelajar secara berbeza. Pendekatan ini juga dapat menetapkan fokus bukan sahaja kepada domain intelektual tetapi mengacuankan generasi cekap teknologi yang bersifat global yang mampu mampu beroperasi di dalam arena antarabangsa kelak.
Arus pendidikan menggunakan multimedia telah menjadi sesuatu yang realiti dan sebagai manusia kita perlu merealisasikan corak pembelajaran ini agar tenaga pengajar dan pelajar tidak ketinggalan mengejar ilmu serta setanding dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, penggunaan multimedia dalam pendidikan melahirkan generasi intelektual yang flaksible merentasi dunia.
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PERNIAGAAN.
Perniagaan merupakan satu aktiviti yang menjana keuntungan bagi sesebuah organisasi. Oleh itu, penggunaan multi media dalam perniagan adalah salah satu kaedah yang memudahkan proses perniagaan berjalan. Sebagai contoh usahawan yang baru memulakan perniagaan akan mengunaakan kemudahan dalam internet untuk mempublisiti produk yang dikeluarkan dengan cara yang kretif selain memudahkan capaian yang lebih cepat terhadap sesuatu maklumat.
Selain itu usahawan juga boleh mendapatkan tempahan melalui internet bagi memudahkan pengguna yang sukar ke pusat pengambilan barang produk usahawan tersebut. usahawan tersebut akan menyediakan perkhidmatan penghantaran barang-barang yang ditempah. Hal ini memudahkan pengguna disamping memudahkan usahawan tersebut mengira dan memproses tempahan sehinggalah sampai kepada pelanggan.
Maklumat-maklumat pembelian dan maklumat yang berkaitan tidak lagi disimpan melalui teks kerana terdapat pelbagai jenis media storan yang telah dikeluarkan untuk memudahkan data disimpan. Cara persembahan maklumat juga telah berubah. Selain penggunaan kertas dan skrin komputer, maklumat juga dipersembahkan menggunakan speaker atau dirakam terus ke peranti video. Sebagai contoh, mesin yang menjawab tempahan melalui telefon akan mengarahkan pembeli menekan butang yang disediakan untuk maklumat lanjut tempahan atau sebarang pertanyaan akan disambung kepada pekerja yang ditugaskan.
Keseluruhan yang kita dapat lihat, multimedia dalam perniagaan sangat penting dalam memudahkan pengguna serta pengeluar sesuatu organisasi walau bagaimanapun terdapat juga kesan yang negetif menerusi penggunaan multimedia dalam perniagaan tetapi perlulah di kawal oleh pengusaha itu sendiri agar kesan tersebut tidak menjejaskan aktiviti perniagaan serta persekitaran yang berkaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan